Q1. Apakah unit amanah?
Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Dana tersebut akan diuruskan oleh sekumpulan pengurus professional yang akan melabur wang tersebut dalam pelbagai portfolio seperti ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.
Q2. Apakah kelebihannya melabur dalam unit amanah?
Kepelbagaian Pelaburan - Pelabur dalam saham amanah selalunya dapat menyertai sekuriti yang lebih luas berbanding pelaburan secara perseorangan. Dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian.
Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.
Pengurusan Profesional sepenuh masa - Anda akan mendapat faedah daripada pengurus pelaburan yang profesional dan berpengalaman untuk menguruskan pelaburan anda sepenuh masa berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan anda dan memastikan wang anda dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.
Tahap kecairan yang tinggi - Urusniaga unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam sesebuah syarikat dimana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Pelabur di unit amanah boleh menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa.
Pertumbuhan modal - Pelaburan dalam unit amanah mempunyai potensi untuk memberikan para pelabur pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan (jika ada) dan kenaikan nilai modal.
Q4. Apakah risiko-risiko melabur dalam unit amanah?
Semua pelaburan mempunyai risiko. Risiko melabur dalam unit amanah adalah seperti berikut :
Risiko Pasaran - Pada keseluruhannya pasaran saham adalah tertakluk kepada turun naik harga saham dan keadaan ini mempengaruhi harga unit-unit dana kerana sebahagian besar pelaburan Dana ini terdiri dari saham-saham yang diuruskan di BSKL.
Pulangan Pendapatan - Pulangan pendapatan sekiranya ada, yang dibayar kepada anda adalah berpunca dari pendapatan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kadar pembayaran tidak dapat ditentukan lebih awal.
Risiko pembiayaan pinjaman - Jika anda mendapat kemudahan pinjaman untuk membeli unit, anda hendaklah faham bahawa:
Pembelian melalui pinjaman mungkin mendatangkan keuntungan atau kerugian
Sekirannya nilai pelaburan merosot di bawah sesuatu tahap tertentu, anda mungkin dikehendaki mengurangkan jumlah baki pinjaman di suatu tahap yang diperlukan oleh institusi kewangan yang memberi pinjaman.
Kemampuan anda membayar balik ansuran pinjaman mungkin akan terjejas di masa hadapan oleh perkara yang tidak diduga.
Q5. Bagaimanakah untuk menyertai skim pelaburan Ahli KWSP?
Anda hendaklah terlebih dahulu mendapatkan penyata jumlah yang boleh dilabur serta Borang KWSP 9F (AHL) di mana-mana pejabat KWSP. Anda dikehendaki mengemukakan penyata jumlah yang boleh dilabur, sesalinan Kad Pengenalan, borang KWSP 9F (AHL) dan borang permohonan.
Q6. Bagaimanakah cara mengira nilai pelaburan saya?
Nilai pelaburan anda boleh ditentukan dengan mendarabkan jumlah pelaburan (unit) yang dipegang dengan harga belian (seunit) semasa.
Q7. Di manakah boleh saya mendapatkan atau menyemak harga pasaran unit dana?
Harga pasaran boleh didapati di semua akhbar harian utama tempatan berbahasa Melayu dan Inggeris dan laman web.
Q8. Adakah Pengurus menghadkan jumlah unit yang hendak di jual balik?
Pengurus tidak menghadkan jumlah unit minimum dan kekerapan pemegang-pemegang unit untuk belian balik atau penebusan unit. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menjual sebahagian daripada unit pelaburan, anda perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 100 unit.
Q9. Berapa lamakah saya mendapat bayaran tersebut?
Pembayaran untuk belian balik akan dibuat oleh Pengurus dalam tempoh tidak melebihi 10 hari dari tarikh permohonan diterima.
Q10. Apakah jaminan terhadap harga-harga unit bagi dana ini?
Harga unit akan meningkat atau menurun mengikut pasaran. Sekiranya keadaan pasaran meningkat, nilai unit-unit anda turut meningkat begitu juga sebaliknya.
My name is Saliza Salihuddin (slieza2711@gmail.com). I am your Unit Trust Consultant attached with MAAKLMUTUAL Bhd. I am based in Kota Damansara. Feel free to contact me...
No comments:
Post a Comment